Wednesday, April 29, 2009

PINTU MASUK

BILIK GURU

KANTIN SEKOLAH

PEJABAT

TAPAK PERHIMPUNAN

BANGUNAN SEKOLAH

Senarai Pengetua SMK Tengku Idris Shah.

1966 - Encik Alias b. Abu Rahman

1968 - Encik Ahmad Busu

1973 - Encik Abdul Manaf b. Dahlan

1977 - Encik Haron b. Hj Said

1980 - Encik Abdul Raof b. Hussin

1985 Tn. Hj Mohd Ab. Rahman

1986 - Puan Hjh Salmah bt. Kassim

1988 - Tn. Hj Ahmad Saman b. Mohd Nawawi

1989 - Tn. Hj Zainuddin b. Leman

1995 - Tn. Hj Hassan b. Abu Bakar

1997 - Encik Shamsuddin b. Mat Jaya

1998 - Puan Fatimah bt. Jusoh

1998 - Puan Hjh Kartini bt. Shuib

2001 - Encik Ng Ber Seek

2004 - Puan Hjh Kamariah bt. Salim

2007 - Puan Hjh Hamsah bt. Sarani

UNIT PAKAIAN SERAGAM KOKURIKULUM

PERTANDINGAN KAWAT KAKI PBSM:

-TEMPAT KETIGA DAERAH KLANG

KEJAYAAN SMKTIS

1. Kadet Remaja Sekolah
KRS SMKTIS ( PUTERA )
Mendapat tempat ke tiga Kebangsaan
TAHNIAH...
Berjuang lagi tahun depan.
Kerja lebih kuat lagi

2. BOLA BALING
Juara bawah 15 Perempuan. Kalahkan Sekolah projek la. HEBAT
Tahun lepas L18 tahun ini dah ganti la pulak.
Jangan marah. SMKTIS tetap akn ada kemenangan dalam BOLA BALING.
Tahun depan Juara semua kategori..... hehehehe

3. SOFBOL
Tahniah L15 juara Daerah klang. Dapat kalahkan sekolah projek pulak tu.
SMKTIS memang hebat.
Tahun depan menang semua kategori la pulak ye.

4. CATUR
Tee Sher Ting. Juara Individu Negeri Selangor dan akan mewakili Negeri Selangor ke peringkat kebangsaan. TAHNIAH!!!!

YANG LAIN-LAIN BELUM SEMPAT TULIS. TAPI APA SAJA YANG SMKTIS MASUK BERTNDING ADE SAJA KEMENANGAN.

APA-APA PUN TAHNIAH KEPADA PENGURUS-PENGURUS PASUKAN ATAS USAHA YANG DIBERIKAN. HANYA TUHAN YANG BISA MEMBALASNYA.....

MAKSUD LENCANA SEKOLAH

Lencana SMKTIS terdiri daripada 3 warna iaitu merah, biru dan putih. Warna – warna dan objek yang terdapat pada lencana SMKTIS melambangkan:

• WARNA MERAH:
 Melambangkan siakap keberanian yang ada pada pelajar – pelajar SMKTIS dalam menghadapi cabaran.
• WARNA BIRU:
 Melambangkan perpaduan antara pelajar-pelajar yang terdiri daripada tiga kaum utama.
• WARNA PUTIH:
 Melambangkan kebersihan dan kesucian hati yang wujud dalam kalangan pelajar SMKTIS bukan sahaja dari segi fizikal tetapiu juga mental dan emosi.
• 3 BILAH KERIS YANG BERSATU:
 Melambangkan pelajar SMKTIS yang sentiasa bergabung tenaga dan bersatu padu untuk mengharumkan nama dan meningkatkan nama SMKTIS dari segi akademik dan kokurikulum.
• COGAN KATA ILMU MUTIARA HIDUP:
 Membawa maksud ilmu merupakan yang terpenting dalam kehidupan dan tanpa ilmu hidup seseorang itu tidak bermakna. Cogan kata ini juga menjadi pendprong kepada pelajar untuk bersungguh – sungguh dan seterusnya mendapat pencapaian yang cemerlang

Budaya Sekolah

 Membaca
 Bersih
 Bercakap benar
 Bersopan santun
 Senyap

Piagam Sekolah

Kami warga SMK Tengku Idris Shah dengan penuh amanah serta bertanggungjawab secara berterusan agar:

 memastikan semua pelajar mendapat layanan yang saksama dan pendidikan sempurna selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
 mengamalkan dan menghayati pengurusan yang berkesan dengan memberikan perkhidmatan kaunter secara ikhlas, mesra, cepat dan tepat serta peka dan responsif terhadap keperluan pelanggan.
 mewujudkan hubungan yang baik dengan ibu bapa dan masyarakat sekeliling.
 berusaha dengan penuh tekun, dedikasi, dan berterusan untuk mencapai kecemerlangan dari segi kurikulm, sahsiah, pengurusan dan kepimpinan.

Wawasan

Mencapai kecemerlangan dari segi sahsiah, kurikulam, pengurusan dan kepimpinan.

Untuk mencapai wawasan ini, warga sekolah perlu:

 mempunyai akhlak mulia dan bertaqwa
 mempunyai sifat – sifat bertanggungjaawab, berdisiplin dan berketerampilan
 mempunyai perasaan cinta dan tanggunjawab terhadap sekolah, bangsa dan Negara.

Misi

Untuk merealisasikan visi sekolah, kami akan:

 Menyediakan pendidikan berkualiti bagi melahirkan pelajar yang berdaya saing dan berketerampilan dari segi kurikulum dan sahsiah
 mewujudkan persekitaran yang kodusif bagi melahirkan budaya ilmu yang cemerlang.
 mengamalkan budaya kerja berpasukan, iklas dan penuh iltizam bagi menjamin hubungan yang harmonis dalam kalamgan warga SMK Tengku Idris Shah.

Visi

SMK Tengku Idris Shah, Kapar berusaha melahirkan Insan Cemerlang ilmu dan Sahsiah menjelang tahun 2012

Lagu Sekolah

Ilmu mutiara hidup,

Menjadi cogan kata mulia,

Sekolah Menengah Tengku Idris Shah, Kapar,

Harum namanya,

Muridnya berbilang bangsa

Muhibah diamalkan sentiasa

Rukun Negara tetap dipelihara

Rajin berusaha

Gurunya berdedikasi

Marilah kita semua

Majukan sekolah ini
Teruslah maju dan berjaya.

Liptan Sejarah Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Idris Shah (SMKTIS) telah siap di bina pada bulan Januari 1966. Pada asalnya, sekolah ini diberi nama Sekolah Menengah Kebangsaan Kapar. SMKTIS terletak di tengah-tengah kepesatan pembangunan pekan Kapar, iaitu dipersimpangan antara Jalan Kapar dan Jalan Hamzah Alang. Ia berada kira-kira 16km dari Bandar Diraja Klang, Selangor. Sekolah ini tememulakan sesi persekolahan pertamanya pada Januari 1966. Seramai 254 orang pelajar (164 orang pelajar lelaki dan 90 orang pelajar perempuan) dan 11 orang guru telah menjadi warga pertama SMKTIS dengan diketuai oleh Encik Alias bin Abu Rahman sebagai pengetua pertamanya.

Pada 8 Mei 1968, SMKTIS telah dirasmikan oleh DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Idris Shah ( kini DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah ). Dengan perasmian itu, sekolah ini telah ditukar namanya dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kapar kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Idris Shah, iaitu sempena nama baginda.

Sejarah akademik SMKTIS bermula pada tahun 1967 apabila Peperiksaan SRP (Sijil Rendah Pelajaran ) yang pertama diadakan dan diikuti peperiksaan SPM yang pertama pada tahun 1976. Jurusan sastera Tingkatan 4 dimulai pada tahun 1979 jurusan sains dimulakan.

SMKTIS pernah memisahkan antara pelajar lelaki dengan pelajaran perempuan, iaitu apabila SMK Perempuan Kapar dibuika pada tahun 1988 dan semua pelajar perempuan bersama-sama beberepa orang guru telah dipindahkan ke sekolah berkenaan. SMKTIS hanya menetapkan pelajar-pelajar lelaki, selain beberapa orang pelajar perempuan yang mengambil jurusan sains. Bagaimanapun, akibat beberapa masalah seperti kemerosotan disiplin dan pencapaian akademik, Pegawai Pendidikan Daerah Klamg telah mengarahkan pengambilan semula pelajar-pelajar perempuan mulai tahun 1998.

SMKTIS telah menyambut Jubil Perak semperns ulang tahun ke 25 tahun penubuhannya pada tahun 1991. Pada tahun 2008, bilangan pelajar SMKTIS telah mencapai 2375 orang pelajar dan bilangan guru 141 orang. SMKTIS menjadi sekolah yang mempunyai pelajar ketiga terbanyak di daerah Klang.

Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Idris Shah dikategorikan luar Bandar di dalam daerah Klang. Pelajar-pelajar sekolah ini dating dari berbagai latar belajkang, iaitu anak-anak pekebun kecil, pekerja lading, peniaga kecil, pekerja kilang, dan sehagian kecil merupakan anak-anak kakitangan kerajaan dan swasta yang berjawatan.

Sekolah ini agak unik kerana mempunyai pelajar-pelajar dari komposisi kaum yang agak seimbang, iaitu 44.19% pelajar Melayu, 20.81% pelajat Cina dan 35.00% pelajar India. Pelajar-pelajar ini dating dari pelbagai latar belakang keluarga. Dari segi jantina pula, lebih ¾ atau 76.97% pelajar adalah lekai dan 23.09% sahaj pelajar perempuan.

SMKTIS berada dalam kategori sekolah yang mempunya pencapaian akademaik yang sederhana rendah, berdasarkan keputusan-keputusan peperiksaan awam (SPM dan PMR) sejak beberapa tahun lalu. Bagaimanapun, pihak pengurusan sekolah tetap sedaya-upaya berusaha untuk meningakatkan pencapai akademik sekolah ini, dengan sokongan padu daripada Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Selangor.

Meskipun pencapaian akademik SMKTIS sentiasa pada kedudukan sederhana rendah, namun SMKTIS masih boleh berbangga kerana telah beberapa kali melahirkan pelajar_pelajar yang memperolehi 12 A1, 11 A1 dalam peperiksaan SPM.

Berbanding pencapaian akademiknya yang sederhana rendah, sekolah ini telah banyak menempa nama dalam bidang kokurikulum sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terutama dalam bidang olahraga, permainan dan kawat kaki unit beruniform. Malah terdapat pelajar yang berjaya mengukir nama hingga menjadi wakil Malyasia ke peringkat antarabangsa. Berdasarkan kejayaan demi kejayaan yang dipeolehi dalam bidag kokurikulum, terutamanya bidang olahraga, maka SMKTIS telah dipilih sebagai “Sekolah Berwatak Olahraga” peringkat daerah KLang.