Wednesday, April 29, 2009

Liptan Sejarah Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Idris Shah (SMKTIS) telah siap di bina pada bulan Januari 1966. Pada asalnya, sekolah ini diberi nama Sekolah Menengah Kebangsaan Kapar. SMKTIS terletak di tengah-tengah kepesatan pembangunan pekan Kapar, iaitu dipersimpangan antara Jalan Kapar dan Jalan Hamzah Alang. Ia berada kira-kira 16km dari Bandar Diraja Klang, Selangor. Sekolah ini tememulakan sesi persekolahan pertamanya pada Januari 1966. Seramai 254 orang pelajar (164 orang pelajar lelaki dan 90 orang pelajar perempuan) dan 11 orang guru telah menjadi warga pertama SMKTIS dengan diketuai oleh Encik Alias bin Abu Rahman sebagai pengetua pertamanya.

Pada 8 Mei 1968, SMKTIS telah dirasmikan oleh DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Idris Shah ( kini DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah ). Dengan perasmian itu, sekolah ini telah ditukar namanya dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kapar kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Idris Shah, iaitu sempena nama baginda.

Sejarah akademik SMKTIS bermula pada tahun 1967 apabila Peperiksaan SRP (Sijil Rendah Pelajaran ) yang pertama diadakan dan diikuti peperiksaan SPM yang pertama pada tahun 1976. Jurusan sastera Tingkatan 4 dimulai pada tahun 1979 jurusan sains dimulakan.

SMKTIS pernah memisahkan antara pelajar lelaki dengan pelajaran perempuan, iaitu apabila SMK Perempuan Kapar dibuika pada tahun 1988 dan semua pelajar perempuan bersama-sama beberepa orang guru telah dipindahkan ke sekolah berkenaan. SMKTIS hanya menetapkan pelajar-pelajar lelaki, selain beberapa orang pelajar perempuan yang mengambil jurusan sains. Bagaimanapun, akibat beberapa masalah seperti kemerosotan disiplin dan pencapaian akademik, Pegawai Pendidikan Daerah Klamg telah mengarahkan pengambilan semula pelajar-pelajar perempuan mulai tahun 1998.

SMKTIS telah menyambut Jubil Perak semperns ulang tahun ke 25 tahun penubuhannya pada tahun 1991. Pada tahun 2008, bilangan pelajar SMKTIS telah mencapai 2375 orang pelajar dan bilangan guru 141 orang. SMKTIS menjadi sekolah yang mempunyai pelajar ketiga terbanyak di daerah Klang.

Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Idris Shah dikategorikan luar Bandar di dalam daerah Klang. Pelajar-pelajar sekolah ini dating dari berbagai latar belajkang, iaitu anak-anak pekebun kecil, pekerja lading, peniaga kecil, pekerja kilang, dan sehagian kecil merupakan anak-anak kakitangan kerajaan dan swasta yang berjawatan.

Sekolah ini agak unik kerana mempunyai pelajar-pelajar dari komposisi kaum yang agak seimbang, iaitu 44.19% pelajar Melayu, 20.81% pelajat Cina dan 35.00% pelajar India. Pelajar-pelajar ini dating dari pelbagai latar belakang keluarga. Dari segi jantina pula, lebih ¾ atau 76.97% pelajar adalah lekai dan 23.09% sahaj pelajar perempuan.

SMKTIS berada dalam kategori sekolah yang mempunya pencapaian akademaik yang sederhana rendah, berdasarkan keputusan-keputusan peperiksaan awam (SPM dan PMR) sejak beberapa tahun lalu. Bagaimanapun, pihak pengurusan sekolah tetap sedaya-upaya berusaha untuk meningakatkan pencapai akademik sekolah ini, dengan sokongan padu daripada Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Selangor.

Meskipun pencapaian akademik SMKTIS sentiasa pada kedudukan sederhana rendah, namun SMKTIS masih boleh berbangga kerana telah beberapa kali melahirkan pelajar_pelajar yang memperolehi 12 A1, 11 A1 dalam peperiksaan SPM.

Berbanding pencapaian akademiknya yang sederhana rendah, sekolah ini telah banyak menempa nama dalam bidang kokurikulum sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terutama dalam bidang olahraga, permainan dan kawat kaki unit beruniform. Malah terdapat pelajar yang berjaya mengukir nama hingga menjadi wakil Malyasia ke peringkat antarabangsa. Berdasarkan kejayaan demi kejayaan yang dipeolehi dalam bidag kokurikulum, terutamanya bidang olahraga, maka SMKTIS telah dipilih sebagai “Sekolah Berwatak Olahraga” peringkat daerah KLang.

No comments: